Sunday, June 1, 2008

Coretan Ayahku - Doa untuk sahabat






Setelah solat Isyak dan makan malam, ayah minta aku "login" ke blog aku. Ayah ingin menulis kenangannya 24 tahun lalu pada malam seperti ini. Silakan ayah.........

Hari ini dan sekitar waktu ini aku teringat pertama kali kami menonton pelancaran TV3, stesen TV swasta pertama 24 tahun lalu, bersama keluarga dan rakan ku di Gombak, tempat kami tinggal ketika itu.
Walaupun TV3 sibuk sepanjang hujung minggu ini menyambut ulangtahunnya ke 24. Aku lebih terpanggil untuk mengingati arwah rakanku, Abdul Rahman bin Hassan.

Semasa hayatnaya setiap kali tiba ulangtahun TV3 dia mengingatkan aku pada saat itu, ketika menontonya pertama kali dirumahku. Aku sedar ia merupakan saat yang sentiasa diingatinya.

Kini aku mengingati saat itu dengan iringan doa untuk rohnya. Aku mendoakan semoga rohnya diberkati Allah....Amin...Al-Fatehah.
Terima kasih, Kakak kerana membenarkan ayah membuat coretan ini. Selamat menulis....

Mc Donald akan dibuka tidak lama lagi.

Sebuah restoran Mc Donald akan dibuka tidak lama lagi berdekatan rumah saya. Sekarang setiap kali saya pulang saya tidak akan dapat mengelak dari terlihat lambang '' Mc Donalds '' yang dibuka 24 jam.

Dulu saya terpaksa pergi ke Kota Damansara untuk ke McDonalds, akan datang tidak perlu lagi pergi jauh. Tetapi apakah kebaikan dan keburukan mempunyai McDonalds berdekatan rumah kita.

Setelah puas berfikir saya tidak dapat memikirkan banyak kebaikan McDonalds. Restoran ini sekarang dekat dengan rumah saya memudahkan jika ingin pergi. Penyediaan makananya bersih dari kebanyakan kedai makan dan gerai. Harganya tetap dan tidak berubah walaupun banyak kedai makan menaikan harga sekarang ini. Restorannya selesa dan yang ini ada kawasan permainan kanak-kanak. Harap-harap ada perkhidmatan free wireless internet.

Keburukannya pula adalah adik-adik saya akan lebih kerap meminta ayah dan ummi untuk singgah, ini akan meningkatkan perbelanjaan kami. Makanan segera diketahui tidak beberapa baik untuk kesihatan kita. Ia mungkin akan memberi kesan kesihatan jangka panjang. Kita sebenarnya harus mengelakkannya, mungkin makan hanya sekali atau 2 setiap bulan.

Ayah pernah memberitahu bahawa McDonalds dipaksa oleh pelanggan menukar menu mereka diluar negara. Itulah sebabnya ada makanan yang sesuai untuk anak-anak sekarang seperti air soya, milo dan lain lain.

Saya rasa pada waktu persekolahan terutamanya hari Rabu, Mc Donald akan penuh dengan murid-murid sekolah kerana. Murid-murid yang '' Stayback '' mungkin akan makan di McDonalds dan tidak lagi ke gerai dan restoran berdekatan.

Saya rasa jika Mc Donald dibuka jalan akan menjadi lebih sesak dengan kenderaan yang keluar masuk ke McDonalds.

Harga barangan makanan di McDonalds juga agak tinggi lebih kurang $RM10 untuk setiap orang.

Berhati-hati dan bergembiralah sekarang McDonalds sudah menjadi jiran kita. Berjimat membawa berkat.

Adikku mula belajar mengaji.




31 Mei ( Sabtu ) adik saya yang berumur 7 tahun mula berlajar mengaji. Ustaz Nik Rizal Al-Hafiz tiba pada jam 10:10 pagi. Tetapi adik saya bersedia lebih awal, kira-kira jam 9:20 pagi lagi .

Saya melihat sewaktu dia sedang mengaji, dia amat bersungguh-sungguh untuk membaca dan dia gembira dapat mengenali huruf-huruf jawi. Saya sungguh gembira kerana dia berusaha walaupun ada kesilapan dan dia juga tidak malu belajar. Dia membaca 16 muka surat pada hari pertamanya.

Selepas habis dia membaca IQRA' , Ustaz mengatakan dia seorang yang yakin pada diri dan tidak takut belajar dari kesilapan.. Pada pagi ini 1 Jun, dia mengulangkaji membaca tajuk-tajuk yang dipelajari semalam.

Saya merasa amat bangga dengan adik saya ini. Saya berdoa agar sikap bersungguh-sungguh, rajin dan suka membaca kekal dalam dirinya buat selama-lamanya..... Saya berdoa agar Allah memberi saya sikap yang sama juga...... Amin.......